Today Is Last Night...
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam ukhwah kepada sahabat semua, erm pertama sekali syukur kerana di beri peluang sekali lagi untuk menulis didalm blog ini. Mungkin selepas ini sukar bagi saya tuk menulis lagi didalm blog ini kerana faktor-faktor yang menghalang, tapi harap2nya idak lah iya..
Menjadi rumlah la kan bagi kita setiap pertemuan akan jugak kita temui jalan perpisahan, sama jugak apabila kita tinggal di suatu kawasan atau tempat tu kita juga akan turut meninggalkannya bila sampai waktunya kan?. Malam nie baru jew pack barang tuk pindah esok ke tempat baru, di Kolej Sains Bersekutu Ulu Kinta. Isnya'allah di situ menjadi tempat baru dalm menimba ilmu..
Sekarang ini terasa sangat risau bagaimana persekitaran dan suasana kat sana, sama ada dapat suaikan diri dengan baik atau tidak. Esok jugak bermulalah Semester baru, syukur sekarang sudah masuk Sem 3 dah, naik lagi setapak dalam bidang akedemik..hehehe..
Didalam kegairahan untuk berpindah esok, saya dapat rasakan bila pindah di KSKB UK nanti suasana dan kenangan di Kolej Kejururawatan Ipoh akan jua dikenangkan dalam ingatan, walaupun ada suatu ketika dulu saya pernah rasa bahawa kolej ini la paling teruk yang pernah saya masuk dulu, tetapi kenagan dan memori sepanjang setahun menimba ilmu disini teramat banyak. Terasa berat hati untuk meninggalkan tempat ini, rindu sangat dengan tempat ini.
Kami semua mengharapkan ukhwah yang terjalin disini akan kekal di bawak ke KSKB nanti... insya'allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan