Selasa, 13 Disember 2011

Salam Ukhwah

Assalamualikum kepada sapa2 yang mengikuti blog sy ne... lama sudah tak buka blog ne, atas faktor2 masalah tuk mendapatkan line internet,, hanya di rumah saja dapat peluang tuk menulis dalam ne... Sekarang  ni cuti semester, rasa sekejap saja masa berlalu, semester 4 menanti tiba awal tahun ne 3hb Jan 2012. Alhamdulillah syukur juga kepada Allah kerana dengan izinnya kami semua lulus lagi tahun ne 100% bagi semester 3.

Menjadi satu tradisi lah bagi kami punya group kalau setiap semester mesti akan mendapat cemuhan dari pengajar dengan keputusan peperiksaan percubaan. tp alahamdulillah cemuhan yang di lontar kan tu adalah menjadi satu cabaran kpd kami untuk terus berusaha dalam mengejar kejayaan. Alhamdulillah.. 
Bila masuk sem 4 ni, genap la 6 bulan kami menimba ilmu di KSKBUK, kolej baru yang cukup indah dan permai katakan, mungkin lebih permai bila masuk sem 4 ne. Baru-baru ne, kolej kami menganjur kan konvo kepada seluruh pelatih yang telah menamatkan latihannya,, agak meriah la, dikatakan seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, hadir di Majlis konvo tersebut, rasa bangga juga, hehehehehe..

Tak sabar nak masuk sem 4 ne, mungkin lebih mencabar dari sem sebelum ni.. Insya`Allah berkat doa dari semua, kami akan lakukan yang terbaik, sedaya yang kami mampu.. insyaallah.. kepada yang telah tiada Allahyarham Mohd Fikri B. Ahmad, kami disni masih mengingati kamu, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh dan di tempatkan kamu didalam golongan orang2 yang beriman... Amin....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan