بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله malam ini genap lah umur saya 20 tahun, iya rasa sangat gembira setelah mencapai umur yang dewasa dan boleh berfikiran matang seperti orang lain,, rasa sangat bersyukur dengan apa yang telah saya gapai sepanjang menjalani kehidupan ini. tetepai perasaan takut juga ada dalam diri saya ketakutan untuk meneruskan hari-hari akan datang, Adakah saya ini boleh bertahan dengan godaan dunia ini? Adakah saya akan jatuh ke lembah kehinaan? Adakah kehidupan saya ini di rahmati dan di redhai oleh Allah? semua itu menjadi persoalan didalam diri ini.. kata orang semakin kita dewasa semakin banyak dosa yang kita buat.
Untuk pembaca yang setia, sempena usia saya yang baru mencapai 20 tahun ini, suka saya berkongsi beberapa soalan yang telah di persoalkan oleh saya sendiri sebagaimana di atas.. Dalam mencapai usia 20 tahun ini saya telah melalui pelbagai rintangan, gembira, bahagia, penderitaan dan bermacam2 lagilah berdepan dengan kerenah manusia ini. Tetapi bukan mahu berbicara tentang masalah orang lain tetapi soal peribadi saya sendiri.. Disini saya bukan mahu mengaibkan diri sendiri tetapi mahu meluahkan rasa keinsafan yang telah di lakukan sepanjang menjangkau umur 20 tahun ini..
Sekarang ini saya dapat rasa kan bahawa diri ini sudah diambang perunbahan, saya dapat rasa perubahan yang berlaku dalam diri saya bukan perubahan yang baik malah satu perubahan yang boleh menghancurkan diri sendiri. Pernah suatau masa dahulu saya merasai kenikmatan kebahagiaan, ketenangan selepas mengerjakan ibadah solat, tetapi sekarang ini perasaan itu saya dapat rasa kan sudah jauh hilang. Saya takut dengan apa yang saya kerja kan ini tidak mendapat keredhaan dari Allah.. Sekarang ini saya sering melakukan perkara yang tidak patut saya lakukan, sedangkan perkara itu saya sedia maklum tahu teramatlah salah. Saya risau denga apa yang saya lakukan. Dulu saya bukan begini, dulu saya takut, dulu saya taat, dulu saya mengaji, tetapi sekarang jarang sekali saya lakukan perkara yang baik.
Hati ini mahu berubah dalam menegjar cinta Allah dan cinta Rasulullah, diri ini juga mahu berubah daripada melakukan kebaikan disisi Allah. saya mahukan kehidupan saya yang dahulu, bukannya kehidupan yang sekarang ini, saya mahukan kebahagiaan yang pernah saya kecapi dahulu bukannya, seperti sekarang yang penuh dengan dosa dik kerana nafsu dan hasutan iblis laknatullah. Tetapi kenapa saya tidak takut kepada Allah, melakukan kesilapan sangat mudah, malah saya dapt rasa kan diri saya ini hanya takut dengan manusia, hanya melayan perasaan sahaja, sedangkan Allah sagat muraka, itu perbuatan salah, memang salah..
Pembaca yang setia, saya mahu perubahan pada diri saya, saya mahukan perkara kebaikan saya mahu elakkan diri saya dari perbuatan zina, sebab saya takut, saya dapt rasakan diri saya ini hampir dengan zina, bagaimana harus saya lakukan untuk berdepan dengan perkara ini. Malam ini saya berasa amat kesal dengan apa yang telah saya lakukan sepanjang kehidupan ini, kenapa saya begini, dan kenpa saya begitu. Saya harap pembaca faham dengan apa yang saya maksudkan, saya Azwan bin Aziz mahukan kehidupan yang diberkati Allah, saya taku dengan Allah sahaja, saya tidak takut dengn sesiapapun selain Allah dan kedua ibu bapa saya..
Saya rasa denga cara ini, saya akan mendapat ketenagan dalam hidup, ketenagan dalam solat saya, dan dapat rasakan kehidupan ini lebih bermakna, bukan hanya kejar dunia tetapi kejar juga akhirat dan mendapat kemanisan didalm kehidupan, saya harap pembaca memahami apa yang saya cuba maksudkan, kerana apa yang saya luahkan disini hanyalah sesalan diatas segala dosa saya buat, sesalan dimana saya menzalimi diri sendiri. Saya bertekat akan berubah diri ini..
"Ya Allah hamba mu ini telah banyak melakukan kesalahan, adakah engaku boleh mengampunkan hamba mu ini,,Ya Allah hamba mu ini berdoa kepada mu agar mengampunkan dosa yang telah dilakukan sepanjang kehidupan ini, hambamu ini mengaku bahawa segala perbuatan yang telah dilakukan membuatkan engkau murka, Ya Allah sesungguhnya engkau Maha Pengampun, sesungguhnya engkau Maha Penyanyang, ampuni lah aku. Segala puji-pujian hanyalah untuk mu, Aku bersyukur denga kenikmatan yang telah engkau berikan keapada aku.... Ya Allah ampuni aku, Selawat keatas nabi S.A.W,.. Amin.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan