Rabu, 8 Jun 2011

Apa Bila Saat Itu.

Apabila gunung-gunung berterbangan menjadi debu
debu-debu yang wujudnya dari kehancuran yang menakutkan
ketika itu barulah wujud kesedaran dalam diri kita
bahawa dunia ini bukan milik kita
kehidupan ini miliki pencipta yang agung
sedetik masa yang diberi begitu berharga 
Tetapi sayangnya dibuang begitu sahaja tanpa di manfaatkan
apabila sampai detik genting itu
wujudnya dalam fikiran ini satu keinsafan
keinsafan di mana kekecewaan pada diri sendiri
kesedihan di mana penyesalan di atas segala dosa-dosa yang dilakukan
tetapi sayangnya wahi sahabat,,
bila sampai saat itu segala yang di insaf kan
tidak mungkin didengari oleh ALLAH
umpama secangkir air dicurah ke lautan nan luas
tangisan keinsafan air mata darah sekali pun tidak mungkin di terima ALLAH
dengar lah wahai sahabat,
sebelum datangnya saat itu,
sebelum segala keinsafan kita masih diterima,
maka insaf lah wahai teman,
sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGASIH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan