Jumaat, 30 Disember 2011

Sinopsis Sepanjang Posting Semester 3.....

Salam sejahtera kepada kawan2 yang mana membaca, atau terbaca blog ne.... 
Hari ne 31 Dis 2011 jam sekarang dah pukul 12.40 am..  tinggal satu hari je lagi saya menghabiskan masa sy di rumah ne.. cuti dah tamat so kena sambung balik study, bertambah balik la beban, dugaan, cabaran bila sampai sana nanti.. dalam hati ne tak rasa gembira pon nak balik sana..huhuhuhuhuu...!!!!!
Ini la natijahnye kalu cuti dah terlampau lama sagatkan,, biasa la,, bila cuti pendek merungut,, bila cuti panjang pon merungut,, 

Rasa kejap je masa berlalu tiba2 dah masuk sem 4 dah,, huhuhuhuhu
Sem 3 yang dilalui dengan penuh dugaan cabaran akhirnya berjaya juga di tempuh... nak cerita sikit malam ne, sinopsis apa yang saya belajar masa sem 3...
Semester 3 ne special sikit dari semester lain,, kalu sem 1 n 2 tu lebih kepada wad medical n surgical dan perkenalan kepada teknik perawatan,, 
tapi semseter 3 nie pembelajarnyan lebih ke arah kebidanan dan penjagaan kanak-kanak ( hahah main baby),, hahahahahahahaha,,,,  
apa yang specialnya adalah, kebiasaanya kebidanan ne banyak tertumpu hal-hal berkaitan dengan Gynecology (sakit puan) ha!! saya ne lelaki, nak tak nak saya kena belajar degan rela hati dan sabar,,,

Semester 3 ne kami ada 5 subjek antaranya,, Medical, Surgical, Gynecology, Obsetric, Pediateric.. semua nie kami di wajibkan lulus dan termasuklah dengan osce yang di geruni... so nak cerita semua pengalaman yang menarik memang banyak, kira amik yang mana menarik la ye,, saya posting di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,,   sepanjang 2 bulan lebih kita semua psoting kat sana,,  pengalam masuk wad pediatric (wad kanak-kanak) kat situ agak boring la,, xde prosedure yang dapat kami buat dalm wad tu,, just main dengan baby dan kanak-kanak,, kebanyakan yang masuk wad tu disebabkan demam, muntah2, dan yang paling teruk pun sebab masalah rogol and ada lg lah masalh2 laen,,,

Erm lepas dari tu,, saya masuk pulak wad gynecology, huhuhuhuhuhuh,,, kat situ pun jugak sama boringnya dengan wad pediateric,, wad tu xder prosedur jugak nk dilakukan. cuma papa yang kami buat dengan baca BHT pesakit la,, belajar baca tulisan doktor,, hahahah tak lah dari c2 kmi boleh tau papa penyakit pesakit hidapi... ha lupa nk cakap wad ne kan tertumpu kepada masalah sakit puan.... ada yang masuk sini sebab masalah abortion (keguguran), hyperemesis gravidarum (masalh muntah2 yang teruk semasa hamil), kanser di bahagian peranakan, dan ada macam2 lagi lah seumpama degan tu.... saya kesian dengan sorang pesakit ne,, umu baru je 18, dah kena cancer cervix dah 3 bulan dia jalani chemotherapy... dugaan la tu kan...

Habis je wad gynecology saya berangkat kaki pulak ke wad obsetric terbahagi kepada 3 wad pulak, wad prenatal, labor room, dan postnatal.. labor room nie saya dapt lihat orang bersalin,, adushhhhhh!!!!! awal2 memang rasa kekok nak tengok, macam2 rasa,, malu, segan, seram sejuk,, tapi kalau tak berani camane nak belajar kan,,?? so kena beranikan diri, hilangkan rasa malu... erm,, kat sini saya boleh lihat macam2 kerenah dan azab seorang ibu melahirkan anak,,, waaaaa.....!!!! memang la susah nak lahir kan seorang manusia,,,, dalam diri penuh dengan rasa insaf di hati betapa seorang ibu meniti hari2 yang mencabar dalam membawa perut yang terkandungnya seorang manusia,,,... bukan seminit dua masa tuk melahirkan tetapi boleh bawak kepada sejam atau sejam setengah tau.... so pesan saya janagn derhaka ibu kawan2 semua tau....!!!! saya dah tengok dengan mata sendiri betapa peritnya melahirkan anak....
Lapas labor room saya masuk wad postnatal,, hahahahhahah.. best tau masuk wad ne,, dapat main dengan baby,, semua cute2... sorang mulai nangis,, habis smua baby akan start nangis,, depa angat genag la...sini kan saya dapat mandi baby,, saya dapat baby yang beratnya 3.7kg,, hahaha tembam sgt2.. bagus baby ne xnangis pon,, kat situ pun saya ada jugak dapt cros tuk ajar ibu teknik penyusuan degan betul,,  malu jugak.. tapi kena buang jauh2 laa.. erm lagi yang paling kesian,, bila cucuk baby BCG, kalu cucuk jadi tak pa la,, ne tak jadi,, free2 je baby tu kene enjact huhuuuhuhu..
Lepas postnatal saya masuk pulak wad prenatal,, sini semua ibu2 yang siap siaga untuk bersalin, kira tunggu masa la ne,, kt sini memang tak ada pe nk wat,, amik vital sign and wat booking tuk ibu mengandung..

Habeh wad2 tu say masuk pulak wad medical dan surgical,, kat wad ne macm biasa la,, xde yang menarik pon,, macam sem 1 n 2 kerjanya,, penat dan meletih kan,,, hahahahah,, ala nama lagi kerja,, kalu tak penat bukan kerja namanya... brtol tak??

Tu je lah cerita nak kongsi,, kata sikit tapi bila tengok balik ya Allah panjag berjela la pulakk,, xpe lah bukan selalu nak ada idea banyk cam ne... erm nnti kalu ada masa saya coret balik apa2 yang menarik dalam ne eekkk ok, dah mengtok dah ne..... jam pon dah tujuk pukul 1.43 am dah,,,,, nk tido... okeyy,, salam ukhwah dari saya... 


Selasa, 27 Disember 2011

Sekarang Bersama Kawan

Assalamaualikum... erm malam ne tak tau nak wat aper  dalam terent so just bukak blog je lah menulis aper yang patut.. skang kat kedai makan lepak degan kawan lama,, baru jumpa kawan setelah sebulan mencari sahabat lama kat kampung..
Datang sini oreder air dan lepak maen tenet.. saja jew teman kawan keluar dengan dia orang,, lama kot tak jumpa dia owg yelah time aq cuti panjang dia owang baru pas cuti panjag so memang xdapt lah pluang nak jumpa..
erm pe lagi nak cakap eekk.... tu jelah kot tuk malam ne... hahahaha..bye..

Isnin, 26 Disember 2011

AKHIRNYA TERJAWAB SUDAH !!!!!!!!... 11.30am,26/12/11

Result aku tak la naik sangat tp ALHAMDULILLAH syukur tak drop dan semakin naik, 
hampir sebulan jugak tertanya2 berape la result, tp ari ne dah terjawab, segala-galanya..
Syukur semuanya lulus..hahahaha.. tapi xboleh bangga sangat sebab aq pasti kawn2 aq lebih dari aq lagi,,
aq asa result ne dalam level tengah-tengah tak tinggi tak rendah,, mungkin la kowt!!
Apa-apa pun thanks a lots for my parents sebab doa mereka tak pernah putus untuk aq,,
Thanks jugak pada pengajar, walaupun banyak bagi mood aq drop tp masih tabah mengajar ilmu kejururawatan sampi la aq proleh takat ne,, kawan2 pon thanks jugak yang mana banyak bantu aq dalam belajar tempoh hari,,
aq yakin la ko orang lebih baik dari aq, cayallah..... :))
untuk OSCE result pulak Alhamdulullah walupun masa percubaa yang station chek payu dara aq faile tp untuk fainal ne lulus dengan jayanye,,, ALHAMDULILLAH syukur sangat-sangat pada ALLAH..
Usaha masih kurang tuk dapat pointer 3.5 ke atas ne,, aq harap sagat2 sem depan ne lebih mudah dan pastikan kejayaan di gengaman... tinggal lagi 3 sem tuk bergelar student/pelatih... INSYAALLAH..

KEJAYAAN YANG DI PEROLEHI BERGANTUNG PADA KEHENDAK DIRI SENDIRI DAN USAHA  99% HANYA 1% SAHAJA KEPANDAIAN DAN KEBIJAKSANAAN... BETOL TAK??

Sabtu, 24 Disember 2011

Apa Itu Sombong Dan Hukum Sombong???

Definisi sombong

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18)
PENGERTIAN SOMBONG
Definisi sombong oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadits: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia”
(Riwayat Muslim)

“Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri. Memandang dirinya lebih besar dari pada orang lain, Kesombongan yang paling parah adalah sombong kepada Rabbnya dengan menolak kebenaran dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan ataupun mengesakan-Nya”.
(Fathul Bari’ 10/601)

HUKUM SOMBONG
Sombong haram hukumnya dan termasuk dosa besar. Ayat diatas telah dengan tegas menjelaskannya.

Ibnu Katsir :; mengatakan,; “Firman Allah S.W.T ;” dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh” maksudnya janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, lagi berbuat semenamena. Jangan kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah akan murka kepadamu” (Tafsir Ibnu Katsir 3/417)

Tidak akan masuk syurga bagi orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi” (Riwayat Muslim)

Imam An Nawawi :; berkata: “Hadits di atas berisi larangan dari sifat sombong, iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka serta menolak kebenaran”(Syarh Shahih Muslim 2/269) 
 
"Ya Allah, minta di jauhkan bagi kami sifat sombong, angkuh dan bangga diri sesungguhnya hanya engkau pelindung kami"
TEPUK DADA TANYA LAH IMAN,

Khamis, 22 Disember 2011

Takut Nyerrr!!!!

Salam ukhwah, Saya baru dapat tahu result akan di hantar tetus ke rumah,, wah agak la, kalu pointer okey tak apaer jugak,,, isah... mintak-mintak result tak jejaskan pointer sampai pointer drop,, mintak dijauhkan la benda2 tu,, tak nak la.. Tapi apa boleh buat nak tak nak kene terima dah usaha sampi situ je memang la,, harapan tinggi menggunung tapi usaha sebesar kuman,, apaer cerite beb!!!! tunggu je lah result cam ane,,, tak akan hilangnye result kalau tak pada postman.. huhuhhu takut nyer!!!

Selasa, 13 Disember 2011

Salam Ukhwah

Assalamualikum kepada sapa2 yang mengikuti blog sy ne... lama sudah tak buka blog ne, atas faktor2 masalah tuk mendapatkan line internet,, hanya di rumah saja dapat peluang tuk menulis dalam ne... Sekarang  ni cuti semester, rasa sekejap saja masa berlalu, semester 4 menanti tiba awal tahun ne 3hb Jan 2012. Alhamdulillah syukur juga kepada Allah kerana dengan izinnya kami semua lulus lagi tahun ne 100% bagi semester 3.

Menjadi satu tradisi lah bagi kami punya group kalau setiap semester mesti akan mendapat cemuhan dari pengajar dengan keputusan peperiksaan percubaan. tp alahamdulillah cemuhan yang di lontar kan tu adalah menjadi satu cabaran kpd kami untuk terus berusaha dalam mengejar kejayaan. Alhamdulillah.. 
Bila masuk sem 4 ni, genap la 6 bulan kami menimba ilmu di KSKBUK, kolej baru yang cukup indah dan permai katakan, mungkin lebih permai bila masuk sem 4 ne. Baru-baru ne, kolej kami menganjur kan konvo kepada seluruh pelatih yang telah menamatkan latihannya,, agak meriah la, dikatakan seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, hadir di Majlis konvo tersebut, rasa bangga juga, hehehehehe..

Tak sabar nak masuk sem 4 ne, mungkin lebih mencabar dari sem sebelum ni.. Insya`Allah berkat doa dari semua, kami akan lakukan yang terbaik, sedaya yang kami mampu.. insyaallah.. kepada yang telah tiada Allahyarham Mohd Fikri B. Ahmad, kami disni masih mengingati kamu, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh dan di tempatkan kamu didalam golongan orang2 yang beriman... Amin....





Khamis, 30 Jun 2011

Today Is Last Night...

بسم الله الرحمن الرحيم
  Salam ukhwah kepada sahabat semua, erm pertama sekali syukur kerana di beri peluang sekali lagi untuk menulis didalm blog ini. Mungkin selepas ini sukar bagi saya tuk menulis lagi didalm blog ini kerana faktor-faktor yang menghalang, tapi harap2nya idak lah iya..
Menjadi rumlah la kan bagi kita setiap pertemuan akan jugak kita temui jalan perpisahan, sama jugak apabila kita tinggal di suatu kawasan atau tempat tu kita juga akan turut meninggalkannya bila sampai waktunya kan?. Malam nie baru jew pack barang tuk pindah esok ke tempat baru, di Kolej Sains Bersekutu Ulu Kinta. Isnya'allah di situ menjadi tempat baru dalm menimba ilmu..
Sekarang ini terasa sangat risau bagaimana persekitaran dan suasana kat sana, sama ada dapat suaikan diri dengan baik atau tidak. Esok jugak bermulalah Semester baru, syukur sekarang sudah masuk Sem 3 dah, naik lagi setapak dalam bidang akedemik..hehehe.. 
 Didalam kegairahan untuk berpindah esok, saya dapat rasakan bila pindah di KSKB UK nanti suasana dan kenangan di Kolej Kejururawatan Ipoh akan jua dikenangkan dalam ingatan, walaupun ada suatu ketika dulu saya pernah rasa bahawa kolej ini la paling teruk yang pernah saya masuk dulu, tetapi kenagan dan memori sepanjang setahun menimba ilmu disini teramat banyak. Terasa berat hati untuk meninggalkan tempat ini, rindu sangat dengan tempat ini.
Kami semua mengharapkan ukhwah yang terjalin disini akan kekal di bawak ke KSKB nanti... insya'allah..

 

Sabtu, 25 Jun 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

 الحمد لله رب لعلمين syukur kehadrat Allah kerana masih diberi kesempatan kepada saya untuk menulis didalm blog ini. Sekarang ni saya berada di kolej, cuti 3 minggu sudah habis, belum puas lagi cuti yang diberi sekadar 3 minggu saja, tapi okeyh lah daripada tak ada cuti langsung. Sekarang masih blom start class lagi, msih duk bunag masa tnapa kerja di kolej nie,, kami datang awal khabarnya mau pindah ke tempat baru, tp bila sampi saja di kolej dikhabarkan pulak xjadi pindah, rasa mau marah tp belum tentu lagi sebabnya, esok (27/6/2011, Isnin) baru tahu samaada jadi atau tak jadi proses pemindahan tu...
Kami di sini penuh harapan mahu pindah, tapi bila dengar khabar semacam tu, smuanyer down tau.huhuhu, banayk khabar angin kater, stay lg study kat sini tapi, smua tu khabar angin terlalu banyak fatwa. apa2 pun kena pcaya apa yang Puan Pengarah  bagi tau esk,, harap2 sangat dapat pincah tempat baru, xsaba sudah mahu pindh. Erm, sekarang ni saya sedang boring, penat dan akan penat lagi lepas nie, nak keluar lagi,, rasa malas sangat nk kelauar. berat sangat badan nak keluar, tapi nak buat macam mana kan, terpaksa jugak keluar. Badan nie asyik nk tido jew. kalu keluar pun bukanye banyak faedah, lagi habis duit ada la, ada jwe nk kena belanja.
Bagi pengetahuan kawan2 sekelian. kehidupan di kolej ini sangat,sangat,sangat,sangat,sangat membosankan dengan kerenah perangai student kat sini, rasa tak bebas, terkurung, terikat, tak sama macam UiTM, tp bila dah kelua terasa pulak macam terlalu bebas pulak sampai tak igat pada Allah, kenapa jadi semacam itu,,bermakn iman masih blom cukup tuh. Tapi bila difikirkan sem ni saya rasa lebih terkawal kehendak yang tak betul tu, saya nk tunai apa yang saya janji pada diri saya tuk tidak melakukan dosa, الحمد لله  semuanya berjalan dengan lancar sekarang nie, walupun ada beberapa hanlangan tp apa yang perlu saya buat adalah ignore jew apa yang ada, jangan terlalu ikutkan perasaan sebab saya sedar sekarang ini kelemahan dalam diri saya adalah disebab kan terlalu memikirkan kehendak orang, sehingga lupa haram halal sesuatu benda, bagi yang terasa MINTAK MAAF, tapi hakikatnya apa2 jua yang dilakukan Allah akan menilai kita. Saya Takut Allah...
Sekarang sudah tengah hari, mata mau tido sudah, nak rehat, amik tenaga untuk petang nanti, huhuhu, addushhh malas nyer keluar petang nie,,tak apa lah,, nati sambung lagi menulis dalam blog nie. Di sini saya tertaik dengan sekerat doa yang di ambil dari buku "Amalan ZIKIR Dan DOA Untuk Pelajar." dan suka saya berkongsi dengn kawan sekelian.
DOA MEMOHON DIJAUHKAN SIFAT-SIFAT BURUK 
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada keras hati, selalu lupa, kehinaan dan kemiskinan. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat-siffat kufur, fasik, suka berbantahan, dan bermegah-megah; dan aku berlindung daengan-Mu dari kejahatannya pendengaran, jahatnya sikap membisu dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit gila, kusta dan dari busuknya penyakit.

Rabu, 22 Jun 2011

Dosa 24 jam di facebook


Banyak kebenaran daripada kekurangan apa bila melihat vedio ini.

Di sini bermulanya zina


"Ya Allah.. Adakah aku sebahagian daripada ini?? Aku berdosa dalam mencari cinta yang diredhai oleh Mu Ya Allah,, aku amat takut azab Mu di akhirat kelak, aku berdosa dengan apa perbuatan aku yang telah aku kerjakan selama ini,, cukup menginsafkan aku dalam menjalani kehidupan sebagai insan diatas muka bumi Mu ini Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Maha Pengampun dan Maha Penyanayang."

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!


Saya jadikan video ini, dan kata-kata ustaz dr asri sebagai pedoman di sepanjang saya mengalami kesedihan, berduka dan kecewa samaada dengan kegagalan berpunca dari diri sendiri atau berduka dengan manusia. Sesungguhnya Allah itu bersama dengan hambanya yang selalu bersyukur dan bersabar dalam apa jua ujian yang diberikan kepada kita,, moga-moga Allah memberi ketabahan semasa menerima musibah dan kenikmatan selepas menempuh musibah yang melanda didalam hidup saya dan kehidupan kita semua.. Insya'Allah..

Isnin, 20 Jun 2011

Geng-geng Nursing 2009.wmv

                                    Slide ne saya buat semasa saya still lagi belajar di UiTM kampus Puncak Alam, terasa rindu sagat2 dengan kawan2 di sana, emtah dia orang masih lagi igat saya atau tidak, tp apa2 pon kenangan kita bersama walupon setahun cuma tetap saya akan sematkan didalam igatan sehingga saya abis belajar nanti.... apa-apa pown, gud lucak kawan,, be a good nurse...

Memory With You 6.5.2010 .3gp

Satu lagi catatan kenagan saya bersama teman2 di puncak alam,, rindu sngat2 kawan2 di sana entah bila lagi kita akan jumpa, berkumpul bagai sebuah keluarga sama seperti dulu,, ukhwah persahabatan ini akan saya kekalkan dalam igatan sehingga akhir hayat saya,,insyaallah..

Sabtu, 18 Jun 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله malam ini genap lah umur saya 20 tahun, iya rasa sangat gembira setelah mencapai umur yang dewasa dan boleh berfikiran matang seperti orang lain,, rasa sangat bersyukur dengan apa yang telah saya gapai sepanjang menjalani kehidupan ini. tetepai perasaan takut juga ada dalam diri saya ketakutan untuk meneruskan hari-hari akan datang, Adakah saya ini boleh bertahan dengan godaan dunia ini? Adakah saya akan jatuh ke lembah kehinaan? Adakah kehidupan saya ini di rahmati dan di redhai oleh Allah? semua itu menjadi persoalan didalam diri ini.. kata orang semakin kita dewasa semakin banyak dosa yang kita buat.
Untuk pembaca yang setia, sempena usia saya yang baru mencapai 20 tahun ini, suka saya berkongsi beberapa soalan yang telah di persoalkan oleh saya sendiri sebagaimana di atas.. Dalam mencapai usia 20 tahun ini saya telah melalui pelbagai rintangan, gembira, bahagia, penderitaan dan bermacam2 lagilah berdepan dengan kerenah manusia ini. Tetapi bukan mahu berbicara tentang masalah orang lain tetapi soal peribadi saya sendiri.. Disini saya bukan mahu mengaibkan diri sendiri tetapi mahu meluahkan rasa keinsafan yang telah di lakukan sepanjang menjangkau umur 20 tahun ini..
Sekarang ini saya dapat rasa kan bahawa diri ini sudah diambang perunbahan, saya dapat rasa perubahan yang berlaku dalam diri saya bukan perubahan yang baik malah satu perubahan yang boleh menghancurkan diri sendiri. Pernah suatau masa dahulu saya merasai kenikmatan kebahagiaan, ketenangan selepas mengerjakan ibadah solat, tetapi sekarang ini perasaan itu saya dapat rasa kan sudah jauh hilang. Saya takut dengan apa yang saya kerja kan ini tidak mendapat keredhaan dari Allah.. Sekarang ini saya sering melakukan perkara yang tidak patut saya lakukan, sedangkan perkara itu saya sedia maklum tahu teramatlah salah. Saya risau denga apa yang saya lakukan. Dulu saya bukan begini, dulu saya takut, dulu saya taat, dulu saya mengaji, tetapi sekarang jarang sekali saya lakukan perkara yang baik.
Hati ini mahu berubah dalam menegjar cinta Allah dan cinta Rasulullah, diri ini juga mahu berubah daripada melakukan kebaikan disisi Allah. saya mahukan kehidupan saya yang dahulu, bukannya kehidupan yang sekarang ini, saya mahukan kebahagiaan yang pernah saya kecapi dahulu bukannya, seperti sekarang yang penuh dengan dosa dik kerana nafsu dan hasutan iblis laknatullah. Tetapi kenapa saya tidak takut kepada Allah, melakukan kesilapan sangat mudah, malah saya dapt rasa kan diri saya ini hanya takut dengan manusia, hanya melayan perasaan sahaja, sedangkan Allah sagat muraka, itu perbuatan salah, memang salah..
Pembaca yang setia, saya mahu perubahan pada diri saya, saya mahukan perkara kebaikan  saya mahu elakkan diri saya  dari perbuatan zina, sebab saya takut, saya dapt rasakan diri saya ini hampir dengan zina, bagaimana harus saya lakukan untuk berdepan dengan perkara ini. Malam ini saya berasa amat kesal dengan apa yang telah saya lakukan sepanjang kehidupan ini, kenapa saya begini, dan kenpa saya begitu. Saya harap pembaca faham dengan apa yang saya maksudkan, saya Azwan bin Aziz mahukan kehidupan yang diberkati Allah, saya taku dengan Allah sahaja, saya tidak takut dengn sesiapapun selain Allah dan kedua ibu bapa saya..
 Saya rasa denga cara ini, saya akan mendapat ketenagan dalam hidup, ketenagan dalam solat saya, dan dapat rasakan kehidupan ini lebih bermakna, bukan hanya kejar dunia tetapi kejar juga akhirat dan mendapat kemanisan didalm kehidupan, saya harap pembaca memahami apa yang saya cuba maksudkan, kerana apa yang saya luahkan disini hanyalah sesalan diatas segala dosa saya buat, sesalan dimana saya menzalimi diri sendiri. Saya bertekat akan berubah diri ini..
"Ya Allah hamba mu ini telah banyak melakukan kesalahan, adakah engaku boleh mengampunkan hamba mu ini,,Ya Allah hamba mu ini berdoa kepada mu agar mengampunkan dosa yang telah dilakukan sepanjang kehidupan ini, hambamu ini mengaku bahawa segala perbuatan yang telah dilakukan membuatkan engkau murka, Ya Allah sesungguhnya engkau Maha Pengampun, sesungguhnya engkau Maha Penyanyang, ampuni lah aku. Segala puji-pujian hanyalah untuk mu, Aku bersyukur denga  kenikmatan yang telah engkau berikan keapada aku.... Ya Allah ampuni aku, Selawat keatas nabi S.A.W,.. Amin.."

Khamis, 9 Jun 2011

Result udah Keluarr......

Salam..
Syukur pada Ilahi kerana di berikan kesempatan untuk saya menulis dalam blog ini lagi,,  pertamanya saya nak bagi tahu, yang alhamdulillah saya lulus exam final dengan jayanya, setelah bersusah payah kami bersengkang mata tuk study last minutes.. hehehe.. cuma saya tak tahu sama ada pointer saya naik atau tidak  untuk semester ini, harapnya jangan la jatuh pointer sem ini,, 

Yang kedua, saya dapat tahu dari kawan saya Hanif, bahawa Basik 2/2010 lulus 100% dalam exam final sem 2 nie. alhamdulillah pada mulanya susah bagi saya nak terima semua nie tp hakikatnya memang nyata benda tu terjadi, syukur sangat kepada Allah,, TAHNIAH kepada kawn2 semua kerana telah berjaya dalam exam masing-masing dan TAHNIAH kepada tenaga pengajar terutama PN ROHANA, PN NOOR KEMAH, PN MALYIGA, CIK TAN dan PN HASNAH, kerana bersusah payah mengajar kami dalam subjek-subjek nursing. berkat kejayaan kami ini hasil dari didikan yang berguna daripada PUAN-PUAN semua,, insyaallah jika di beri lagi peluang yang sama kami akn berusaha dengan lebih tekun dalm menaikkan martabat basik kami BASIK 2/2010 yang dikatakan penuh dengan masalah sepanjang kehadiran kami di Kolej Kejururawatan Ipoh.

Hari ini terasa sangat gembira dengan kejayaan yang di capai oleh basik kami.. syukur kepada ALLAH...

Rabu, 8 Jun 2011

Ukhwah Sahabat: Apa Bila Saat Itu.

Ukhwah Sahabat: Apa Bila Saat Itu.: "Apabila gunung-gunung berterbangan menjadi debu debu-debu yang wujudnya dari kehancuran yang menakutkan ketika itu barulah wujud kesedaran d..."

Apa Bila Saat Itu.

Apabila gunung-gunung berterbangan menjadi debu
debu-debu yang wujudnya dari kehancuran yang menakutkan
ketika itu barulah wujud kesedaran dalam diri kita
bahawa dunia ini bukan milik kita
kehidupan ini miliki pencipta yang agung
sedetik masa yang diberi begitu berharga 
Tetapi sayangnya dibuang begitu sahaja tanpa di manfaatkan
apabila sampai detik genting itu
wujudnya dalam fikiran ini satu keinsafan
keinsafan di mana kekecewaan pada diri sendiri
kesedihan di mana penyesalan di atas segala dosa-dosa yang dilakukan
tetapi sayangnya wahi sahabat,,
bila sampai saat itu segala yang di insaf kan
tidak mungkin didengari oleh ALLAH
umpama secangkir air dicurah ke lautan nan luas
tangisan keinsafan air mata darah sekali pun tidak mungkin di terima ALLAH
dengar lah wahai sahabat,
sebelum datangnya saat itu,
sebelum segala keinsafan kita masih diterima,
maka insaf lah wahai teman,
sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGASIH...

Isnin, 6 Jun 2011

Devotees - Sahabat


Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun

hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

Alhamdulillah..

KENANGAN MENYAMBUT  JUNIOR 

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk saya membuat blog ini,, setelah bersusah payah dalam mencipta blog nie akhirnya saya miliknya,, insya'allah dari masa ke semasa saya akan cuba menambah baik lagi blog saya ini, dengan bantuan kawan-kawan yang ada pengalaman dalam mencipta blog..insya'allah jika ada rezeki.. kata orang,  ilmu yang bermanfaat elok dikongsi bersama.

Ahad, 5 Jun 2011

Erti Sahabat

Sahabat umpama sebuah layar yang membawa sebuah kapal berlayar ke ketepian,
Dikala sesatnya kita di lautan nan luas dia lah mendorong kita ke jalan yang banar.
Sahabat sejati menjadi inspirasi sebuah hubungan,
Hadirnya dia menyerikan kehidupan dikala kita sepi dan sunyi,
Ukhwah sahabat menjadi ikatan silaturrahim pengikat tali persaudaraan sesama insan.
Hadirnya sahabat menjana sebuah kekeluargaan dikala kita berjauhan dengan keluarga di perantaun,
Rasa sunyi, rasa hiba bila berpisah darinya, memori bersama akan kekal buat selama-lamanya di dalam hati ini, untuk lupa bukan sekali, hilang di igatan hanya Allah sahaja yang mamapu..
Cukup banyak kita lalui bersama, suka duka perjalanan ini mematangkan kita, menjadaikan kita lebih dewasa..
Sahabat, tika aku jatuh kau lah mengangkat ku bangun kembali, tika kita sama-sama jatuh, kita berganding tangan untuk bangun bersama tidak kenal putus asa, walupun ada ketika aku pernah putus asa didalam kehidupan ini tetapi terima kasih duhai sahabat sejati, tanpa kamu siapalah aku dalam erti kehidupan ini,, jasa ayah bonda tidak ku lupa kan.. itu lah ERTI SAHABAT..