Ahad, 17 Jun 2012

SUDAH TUA LA..maksudnya HAMPIR PADA MATI


 ULANG TAHUN KELAHIRAN YENG KE 21 TAHUN !!!!!!!
 
Assalamualikum, lama sudah tak ber-blog kat dalam nie,, hari nie 17 Jun 2012, tinggal lagi 1/2 jam je lagi nak masuk 18 Jun 2012, hari nie aku menanti 3 hari yang bersejarah yang pasti semua tahu, pertama Isra’ dan Mikraj, yang ke-2 adalah Hari Bapa dan yang ke-3 hari kelahiran aku ke dunia nie (18 Jun 1991 sampai sekarang = 21 Tahun 0 Bulan 0 Hari),, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan bagi aku untuk terus bernafas di buminya dan member aku peluang untuk aku terus melaksana kan pengembaraan dalam mencari bekalan untuk aku bawa ke akhirat kelak.. Aku bersyukur juga kerana ALLAH masih lagi memberi kekuatan untuk aku terus beribadah dan mengerjakan seruannya, walaupun banyak halangan melintang dan membatasi dengan godaan dunia nie.. walau apa pun jua yang paling penting kita kena mengabdikan diri kepada ALLAH kerana kita nie adalah hambanya yang hina..

Dalam menjangkau usia yang sebegini, banyak yang telah aku lalui, suka duka terpaksa juga aku lalui,, sepanjang hayat ini aku bersyukur kerana dikurniakan pelbagai nikmat dengan dilahirkan dalam keluarga yang boleh memberikan aku didikan baik dunia dan akhirat, walaupun persoalan yang menghantui aku selama ini telah terjawab aku tidak pernah rasa kecewa dengan apa yang menimpa aku, malah aku dapat membuka mata bahawa kekuasaan ALLAH itu besar dan ALLAH boleh lakukan apa jua dengan kehendaknya sehinggakan terjadinya aku yang sekarang ini..
Di awal usia 21 Tahun ni, semakin hari semakin berat lah tanggung jawab aku dalam melalui hari-hari aku, tidak seperti zaman kecik-kecik dulu, sekarang ne, semua perbuatan aku akan dinilai dibawah tanggungan aku sendiri, umi dan abah hanya boleh nasihat, tetapi semua bergantung pada aku.. tapi yang pasti umi dan abah tetap akan menjadi penasihat aku yang utama dalam hidup aku, dan Al-Quran serta As-Sunnah menjadi pegangan hidup aku sampai aku mati…

Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu aku di saat aku jatuh tersungkur, terima kasih juga kepada kawan-kawan yang bersama aku dalam gembira dan terima kasih juga kepada kawan-kawan yang benci pada aku/ kurang puas hati dengan aku.. takpe aku tak kisah aku tak marah, itu hak masing-masing kan,, apa-apa pun aku minta maaf sangat andai kata aku ada buat salah, sakit kan hati, dan buat kowang rasa dendam dengan aku.. aku tahu dalam banyak-banyak yang baik dengan aku, mesti ada yang sakit hati dengan perbuatan aku, kelakuan, dan perangai yang aku tunjukkan,.. dalam erti kata lain kita ne tak pernah sempurna…
 
Untuk tahun nie, aku tekat untuk memperbaiki diri nie untuk menjadi yang lebih baik dari hari semalam dan mengabdikan diri kepada ALLAH…. INSYA ALLAH TOLONG DOA KAN AKU UMI,ABAH,KELUARGA,SAHABAT…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan