ULANG TAHUN KELAHIRAN YENG KE 21 TAHUN !!!!!!!
Assalamualikum, lama sudah tak ber-blog kat dalam
nie,, hari nie 17 Jun 2012, tinggal lagi 1/2 jam je lagi nak masuk 18 Jun 2012,
hari nie aku menanti 3 hari yang bersejarah yang pasti semua tahu, pertama Isra’
dan Mikraj, yang ke-2 adalah Hari Bapa dan yang ke-3 hari kelahiran aku ke
dunia nie (18 Jun 1991 sampai sekarang = 21 Tahun 0 Bulan 0 Hari),, syukur
ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan bagi aku untuk terus bernafas di buminya
dan member aku peluang untuk aku terus melaksana kan pengembaraan dalam mencari
bekalan untuk aku bawa ke akhirat kelak.. Aku bersyukur juga kerana ALLAH masih
lagi memberi kekuatan untuk aku terus beribadah dan mengerjakan seruannya,
walaupun banyak halangan melintang dan membatasi dengan godaan dunia nie..
walau apa pun jua yang paling penting kita kena mengabdikan diri kepada ALLAH
kerana kita nie adalah hambanya yang hina..
Dalam menjangkau usia yang sebegini, banyak yang
telah aku lalui, suka duka terpaksa juga aku lalui,, sepanjang hayat ini aku bersyukur
kerana dikurniakan pelbagai nikmat dengan dilahirkan dalam keluarga yang boleh
memberikan aku didikan baik dunia dan akhirat, walaupun persoalan yang
menghantui aku selama ini telah terjawab aku tidak pernah rasa kecewa dengan
apa yang menimpa aku, malah aku dapat membuka mata bahawa kekuasaan ALLAH itu
besar dan ALLAH boleh lakukan apa jua dengan kehendaknya sehinggakan terjadinya
aku yang sekarang ini..
Di awal usia 21 Tahun ni, semakin hari semakin
berat lah tanggung jawab aku dalam melalui hari-hari aku, tidak seperti zaman
kecik-kecik dulu, sekarang ne, semua perbuatan aku akan dinilai dibawah
tanggungan aku sendiri, umi dan abah hanya boleh nasihat, tetapi semua
bergantung pada aku.. tapi yang pasti umi dan abah tetap akan menjadi penasihat
aku yang utama dalam hidup aku, dan Al-Quran serta As-Sunnah menjadi pegangan
hidup aku sampai aku mati…
Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak
membantu aku di saat aku jatuh tersungkur, terima kasih juga kepada kawan-kawan
yang bersama aku dalam gembira dan terima kasih juga kepada kawan-kawan yang
benci pada aku/ kurang puas hati dengan aku.. takpe aku tak kisah aku tak
marah, itu hak masing-masing kan,, apa-apa pun aku minta maaf sangat andai
kata aku ada buat salah, sakit kan hati, dan buat kowang rasa dendam dengan
aku.. aku tahu dalam banyak-banyak yang baik dengan aku, mesti ada yang sakit
hati dengan perbuatan aku, kelakuan, dan perangai yang aku tunjukkan,.. dalam
erti kata lain kita ne tak pernah sempurna…
Untuk tahun nie, aku tekat untuk memperbaiki diri
nie untuk menjadi yang lebih baik dari hari semalam dan mengabdikan diri kepada
ALLAH…. INSYA ALLAH TOLONG DOA KAN AKU UMI,ABAH,KELUARGA,SAHABAT…..