Rabu, 26 Disember 2012

Kisah Dicember 2012

Hari ini 26 Dis 2012, tinggal lagi 5 hari untuk melangkah masuk tahun baru 2013. Ternyata tahun 2012 akan ditinggalkan dengan penuh kenangan dan 1001 cerita di dalamnya. Alhamdulillah tinggal lagi 1 semester untuk tamatkan pengajian di Kolej Sains Kesihatan BersekutuSultan Azlan Shah (KSKB SAS). Banyak yang terjadi pada tahun ni, especially pada semester ini.
 
First aku nk cerita tentang result exam, alhamdulillha exam lepas semua lulus Cuma 3 orang daripada kami gagal, mungkin mereka ada sebab-sebab tertentu mengapa mereka gagal, dan aku percaya mereka dah buat yang terbaik dalam exam, mungkin nasib mereka tak menyebelahi. Result aku jatuh sikit la (0.01) huhu, apa-apa pun still jugak drop, ni lah natijahnya bila study last minutes,. Time orang tekun study aku main game la, cari masalah la, buat masalah la, dan macam-macam lah, so bila dapat result baru nak insaf.. ish2.. terok tooii.

Semester ni kami dapat kawan-kawan baru dari Kolej As-Sinnar mereka nie student KKM jugak, disebabkan faktor tertentu, mereka terpaksa di pindahkan kepada kolej KSKB SAS. Dulunya bilangan kami 92 orang + 17 orang daripada Kolej As-Sinnar so semua sekali adalah 109 orang. Tak sangka dapat kawan baru semuanya perempuan,(hehehe). Tapi dalam gembira ada duka yang terpaksa kami lalui, pertengahan semester kami dikejutkan dengan musibah yang melanda sahabat kami iaitu Syazana Bt. Abdullah, dia telah kemabali ke Rahmatullah akibat kemalangan dan mengalami kecedaraan yang serious pada bahagian liver (hati) dan ginjal. Tidak lama kemudian kami sekali lagi dikejutkan dengan kemalangan membabitkan seorang student As-Sinnar iaitu Irni Syuhada, dia mengalami kecedraan di kepala seminggu selepas Hari Raya, pemergian mereka ini menjadi satu kejutan kepada kami semua, dan kehilangan mereka berdua memberi kesan terhadap kumpulan Basik 2/2010. So jumlah kami sekarang 107 orang sahaja,, Sedekah Al-Fatihah kepada Mohamad Fikri B. Muhammad, Syazana Bt. Abdullah dan Irni Syuhada…….

Tahun 2012 banyak meninggalkan kenangan kepada kami, baik suka atau pun duka. Apa-apa pun yang berlaku hidup ini perlu di teruskan, perjalanan kita masih jauh jika belum sampai untuk Allah menjemput kita, apa yang penting dalam meniti kehidupan sebagai seorang hamba adalah ketakwaan dan ketaatan kepada perintahNya supaya kita selamat dari bala bencana. Semua yang telah terjadi adalah ketentuan dan perancanganNya kita yang serba kekurangan ini hanya mampu berdoa dan merancang agar proses kehidupan kita ini akan berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan lancar. Semoga tahun 2013 yang akan menyusul tidak lama lagi akan terlakar sejarah yang gilang gemilang buat Basik 2/2010 dan melahirkan generasi baru JURURAWAT U29 yang bakal merubah status JURURAWAT di MALAYSIA ini.. InsyaALLAH…….